Kodam

Komando Wilayah Tentera adalah sebuah pentadbiran utama ketenteraan peringkat negeri yang dimiliki oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat.

Komando Wilayah Tentera di Indonesia

Kodam merupakan bahagian daripada tentera darat yang memiliki tugas utama menyelenggara pembangunan kesiapan operasional atas seluruh perintah dan operasi pertahanan aktif di darat. Sebuah Kodam diketuai oleh seorang Panglima Kodam atau disingkat Pangdam yang berpangkat Mejar Jeneral.[1]

Pentadbiran sesebuah Kodam meliputi satu atau beberapa negeri yang kemudian dibahagikan lagi kepada pentadbiran-pentadbiran kecil tentera dibawahnya iaitu:

  • Komando Resor Militer (Korem),
  • Komando Distrik Militer (Kodim), berpengkalan di sebuah Daerah.
  • Komando Rayon Militer (Koramil), berpengkalan di sebuah Mukim
  • Bintara Pembina Desa (Babinsa) berpengkalan di Kampung atau Desa.
  1. ^ Apa itu Kodam, Korem, Kodim. Jitunews.com. (Dalam bahasa Indonesia). 1 Februari 2019. Tarikh akses 10/11/2019

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search